Aneka Kerabu

Aneka pilihan kerabu yang enak untuk seisi keluarga

Monday, November 16, 2009

Jantung Pisang Tumis Ala Kampung

 









sumber dari Majalah Wanita

Bahan-bahan:

2 biji jantung pisang - dihiris dan direbus
2 biji terung - potong dadu
5 biji bawang besar
10 biji cili padi
5 gm belacan
5 ulas bawang putih
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Rebus jantung pisang dalam 10 minit (selepas itu tos dan dipotong kasar)
2. Gorengkan terung
3. Tumiskan bawang besar, cili padi, bawang putih, sedikit belacan, gula dan garam
4. Kemudian, masukkan terung dan jantung pisang

Thursday, October 8, 2009














KERABU PUCUK PAKU


Bahan-bahan:

200gm pucuk paku
sedikit tepung jangung
cili merah-dihiris halus
30gm bawang merah -dihiris halus
100gm kerisik
1 biji limau nipis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
50gm kacang tumbuk


Cara Membuat:

1. Rebus pucuk paku bersama dengan tepung jagung.
2. Setelah direbus, angkat dan toskan pucuk paku.
3. Kemudian gaulkan pucuk paku ini dengan bahan-bahan yang lain.

Monday, October 5, 2009








Kerabu Tomato Ikan Bilis

Sumber - Institut Pertanian Serdang
Gambar : Mama Zieza

Bahan-bahan
Ikan bilis goreng segenggam
2 biji tomato dihiris
sedikit cili padi dihiris
Bawang besar dihiris
1 batang serai dihiris

Cara Membuatnya

  1. Tumbuk ikan bilis tadi dan gaulkan dengan semua bahan yang telah dihiris.
  2. Gaulkan dengan sedikit gula dan garam dan kalau nak masam lagi perahkan sedikit limau







Kerabu Perut

Sumber : Resepi Tradisional Keluarga

Bahan-bahan

600 gm perut lembu

1 biji bawang besar

1 cawan kelapa dibuat kerisik

1 cawan kelapa digiling

1 sudu besar beras

5 biji cili kering

1 biji cili merah

1 inci halia

Asam jawa sebesar ibu jari

5 ulas bawang merah

Asam limau dan garam

Belacan sebesar ibu jari


Cara Membuatnya

1. Perut lembu dilumur dengan kapur, biar sekejap, kikiskan bahagian yang hitam.

2. Bila sudah bersih perut tadi hendaklah dicelur sebelum direbus. Kemudian barulah direbus dengan sedikit garam.

3. Cili, bawang merah dan belacan digiling halus-halus, dibuat sambal.

4. Bawang besar diptong nipis-nipis, begitu juga dengan cili merah dan halia.

5. Beras digoreng tanpa minyak hingga kuning dan giling halus.

6. Perut rebus dipotong anggaran 1/2 inci tebal dan 1 1/2 inci panjang.

7. Asam jawa dibancuh dengan sedikit air. Masukkan air asam tadi ke dalam sambal, kerisik, kelapa giling dan beras tumbuk.

8. Gaulkan sekali perut lembiu, cili, bawang besar, hali, garam dan asam limau.

9. Rasa asam garamnya mengikut rasa.







Kerabu Taugeh

Sumber : Resepi Tradisional Keluarga


Bahan-bahan

300 g taugeh

1/2 biji kelapa

2 ulas bawang merah

4 biji cila merah

1 biji bawang besar

1 biji asam limau

Udang kering

Garam secukup rasa


Cara Membuatnya

1. Taugeh disiang ekor dan dicelur sehingga masak.

2. Kelapa digoreng tanpa minyak hingga kuning.

3. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk hingga lumat bersama kelapa goreng tadi.

4. Bawang besar dimayang halus.

5. Gaulkan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama taugeh serta bawang yang telah dimayang.

6. Kemudian perahkan asam limau serta tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.





Kerabu Pucuk Paku

Sumber : Resepi Tradisional Keluarga


Bahan-bahan


1 ikat pucuk paku

Sejemput udang kering

3 biji cili merah

1/2 biji kelapa digoreng kuning

2 ulas bawang merah

1 biji asam limau

1 biji bawang besar dimayang halus

1 biji cili merah dimayang halus

2 sudu besar pati santan

Garam secukup rasa


Cara Membuatnya


1. Pucuk paku dibersihkan dan dicelur sehingga masak.

2. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk lumat bersama kelapa goreng.

3. Setelah itu gaul dengan pucuk paku tadi.

4. Perahkan asam limau, tambahkan garam secukup rasa.

5. Kemudian tuangkan pati santan ke atasnya dan gaul rata.

6. Akhir sekali taburkan bawang besar dan cili yang telah dimayang.








Kerabu Jantung Pisang

Sumber : Resepi Tradisional Keluarga

Gambar dari blog Mat Gebu


Bahan-bahan


1 biji jantung pisang

2 biji bawang besar

1 biji kelapa

4 biji cili merah

2 biji asam limau nipis

1 jemput udang kering

Garam secukup rasa


Cara Membuatnya


1. Jantung pisang dipotong halus-halus. Masukkan ke dalam kuali dan rendangkan seketika kira-kira 5 minit diatas api yang sederhana supaya kecut dan layu.

2. 1/2 biji kelapa diambil santannya dan kemudian masakkan seketika pati santan tersebut.

3. Baki 1/2 biji kelapa tadi digoreng tanpa minyak sehingga berwarna kuning. Setelah itu diangkat dan ketepikan.

4. Bawang besar dimayang halus-halus. Cili merah ditumbuk sehingga lumat bersama udang kering dan kelapa goreng tadi.

5. masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama jantung pisang serta bawang besr dan gaulkan hingga rata.

6. Setelah itu perahkan asam limau dan tuangkan pati santan ke atasnya. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya.

7. Kemudian bolehlah dihidangkan untuk dimakan bersama nasi.